![]() |
SMJK Jepun Wallace Bay dalam kenangan |
![]() |
Wajah terkini SMK Wallace Bay |
SMK WALLACE BAY,
P .O.
Box 61014, 91020 Tawau, Sabah,
Pada awalnya dikenali sebagai SM.
Wallace Bay yang dibuka pada 4hb. Februari
1974. Perasmian sekolah ini telah dibuat oleh Y.B Haji Mohd. Kassim Kamidin
selaku Ahli Dewan Undangan Negeri pada 10hb. Februari 1974.
Pentadbiran sekolah ini
dijalankan secara gabungan bersama SR. Ladang Wallace Bay dan diberi nama Sekolah Gabungan Wallace
Bay dengan seorang pengetua iaitu En. Stephen Leong Khai Ming.
Pada peringkat awal
sekolah ini dibuka, pelajar dalam tingkatan satu adalah seramai 103
orang. Mereka ditempatkan di dalam dua aliran iaitu 72 orang
dalam aliran inggeris dan 31 orang yang lain dalam aliran melayu. Kemudahan
asas seperti rumah guru dan bekalan elektrik telah dibekalkan secara percuma
oleh Syarikat The North Borneo Timber (NBT) sehingga tahun 1985.
Pada 27hb. September
1993, merupakan era baru bagi sekolah ini di mana tapak sekolah lama telah
dipindahkan ke Kampung Mentadak Baru, Pulau Sebatik dan mempunyai pentadbiran
sendiri. Bekalan elektrik diperoleh daripada janakuasa sendiri pada sebelah
pagi dan daripada Lembaga Letrik Sabah (LLS) pada sebelah petang. Pada 6hb. Mei 1994, SM Wallace Bay
ditukarkan menjadi SMK Wallace Bay.
No comments:
Post a Comment