Wednesday 5 December 2012

SEJARAH SINGKAT PULAU SEBATIK



Pulau yang terpencil,kaya cerita mitos, budaya sekaligus unik. Sesiapa yang tidak pernah dengar tentang pulau ini, pulau ini terletak di penghujung bahagian Tanah Borneo dan geografi Pulau Sebatik terbelah kepada dua buah Negara, Malaysia dan Indonesia.Aneh dan menarik, bukan ?Pulau yang menjadi saksi sejarah penubuhan Malaysia selepas konfrontasi Malaysia- Indonesia.
 Pulau Sebatik ini mempunyai lima buah kampung iaitu Kg Wallace Bay,Kg Mentadak Baru@Sg.Tamang,Kg Sg.Tongkang, Kg Bergosong, dan Kg  Sg. Pukul@ Panglima Habibullah.Masyarakat di Pulau ini terbahagi tiga suku kaum yang utama iaitu bugis.tidung dan bajau.
Secara ekonomi masyarakat Pulau Sebatik sangat bergantung kepada Malaysia khususnya ke Tawau. Hampir semua komoditi yang dihasilkan masyarakat, seperti ikan,kelapa sawit,getah, dan koko.
Masyarakat Pulau Sebatik juga membeli berbagai keperluan seharian dari Tawau. Secara geografinya, Pulau Sebatik lebih dekat ke Tawau yang hanya ditempuh dalam waktu 1jam , bila dibandingkan dengan ke Pulau Nunukan yang memakan waktu 2jam.
Oleh yang demikian,masyarakat di pulau ini mempunyai pekerjaan kampung di mana salah satu punca mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan yang akan mendatang.Pekerjaan yang ada di pulau ini ialah sebagai petani,nelayan,penoreh getah dan ada juga yang bekerja sendiri.

1 comment:

  1. saya masih mencari kisah tentang Kg. Mentadak yang ditinggalkan semasa konfrontasi, sebelum wujudnya Kg. Mentadak Baru..

    ReplyDelete